THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 21, 2011

doa ketika kesedihan

Kita sebagai umat manusia, tidak terlepas dari dugaan dan pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Ini adalah sedikit perkongsian ilmu yang boleh aku kongsikan bersama. ini ialah doa yang boleh kita amalkan apabila ditimpa masalah, ditimpa musibah. Insya-allah




Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya: 
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
selamat beramal.. 

0 comments: