THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 27, 2010

ReNung-ReNung KanLah!!

jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat dimata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu saja..
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup


Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang..
setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja..
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...


jika kamu menadah air,biarlah berpada.
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia 
begitu teguh..
cukuplah sekadar KEPERLUANMU..
apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...


Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang
TERIMALAH seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu ISTIMEWA
anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..


jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu..
mengenyangkan.. berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. kamu akan MENYESAL...


begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA 
dengan yang lain.
TERLALU mengejar KESEMPURNAAN..
kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi MILIK orang lain!!!