THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 27, 2010

ReNung-ReNung KanLah!!

jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat dimata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu saja..
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup


Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang..
setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja..
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...


jika kamu menadah air,biarlah berpada.
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia 
begitu teguh..
cukuplah sekadar KEPERLUANMU..
apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...


Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang
TERIMALAH seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu ISTIMEWA
anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..


jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu..
mengenyangkan.. berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya. kamu akan MENYESAL...


begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA 
dengan yang lain.
TERLALU mengejar KESEMPURNAAN..
kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila
dia menjadi MILIK orang lain!!!

Friday, November 19, 2010

KoRaNg TeLah seDia uNtuk BeRcaupLe JIKA...


Korang telah sedia untuk bercauple jika..
Niat korang memang untuk berkahwin dengan ‘sidia’ demi menjaga agama dan aklak agar sentiasa terpelihara..
Sebaliknya korang belum bersedia untuk bercauple jika..
Niat korang hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata..

Korang telah sedia untuk bercauple jika..
sudah lepas ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian korang. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Sebaliknya korang belum bersedia untuk bercauple jika..
Masih terkandas ilmu fardhu ain. Mengaji Quran pun lintang pukang dan punyai masalah besar dalam pembelajaran. Atau korang adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Korang telah sedia untuk bercauple jika..
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya korang belum bersedia untuk bercauple jika..
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakianan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negative seperti berpegangan tangan, menyentuh dan … tutt.. tutt.. ahhh.. sedapnye.. hehee..

korang telah sedia untuk bercauple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.
Sebaliknya korang belum bersedia untuk bercauple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa pun kadang-kadang..waduh-waduh..!!

Thursday, November 18, 2010

Aku & diriKu..

Diriku telah hilang
ghaib di dalam gua yang dalam
gelap gelita
puasku mencarinya
namun tidak ku temui
sesekali kelibatnya melintasi di hadapan ku
bila aku cuba memegang 
dia kembali menghalang
ahhh.. sedihnya diriku.

Wahai Yang Maha Melihat
lihatlah betapa kasih aku kepada diriku
bila Engkau memisahkan daku daripadanya
masih juga daku mencari-carinya.
 
 Wahai Pelindung diriku
selamatkan daku daripada fitnah diriku sendiri
janganlah Engkau lepaskan daku kepada sesuatu selain-Mu
walau sekelip mata jua
ikatkan daku dengan rantai ubudiah
sepanjang hayatku
agar Engkau sentiasa esa
tiada sesuatu menggangu keesaan-Mu.
 
 

Wednesday, November 17, 2010

Rahsia di sebalik rukun solat.

Inilah dia rahsia disebalik rukun solat yg selalu kita buat 2.. ini pun sifu aku yg bagi tau..!! kalau x.. aku pun xtau jugak.. biase ar aku ni jahil skit bab-bab agama.. hahaa.. 

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Bacaan Al- Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberikn minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..




"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..."

wassalam..

Friday, November 5, 2010

korang nak kelihatan menawan!!

msti korang nak kan?? ni ada tips2 utk memberikan korang mempunyai personaliti yang unggul..
1. korang nak wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik??, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. kalau korang nak menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman jangan masam-masam muka tau!. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik(ni pompuan suke ar), korang bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. nak tubuh langsing, mulus, seksi.. xperlu pakai produk slimriver la, makan kacip fatimah la.. just korang amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat dan nak lebih bagus lagi korang puasala macam puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.. insya-allah.. badan tip top punyee!!

6. Untuk memperkuatkan diri, korang sebarkan salam dan sapaan(jangan nak tarik muka je) Dengan sebarkan salam kita akan banyak dikenali dan disayangi..

p/s: renung-renungkan dan selamat beramall.. ^_^

Tuesday, November 2, 2010

PeNcaRiaN

Paling aku tidak mengerti
bagaimana mahu menyeru-Mu
jika nama juga hijab
antara Engkau dengan aku..

Engkau esa
tiada hijab menemani Mu
mana mungkin Engkau terhijab..
 
Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam merindui Mu
berapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari Mu..

Engkau dekat
tetapi bila didekati Engkau menjauh
bila berhenti Engkau melambai
bila dikejar Engkau menjauh kembali.

Bila aku di tangga rumah Mu
Engkau menutup pintu
bila aku undur
Engkau membuka jendela
bila aku mengintai
Engkau melabuhkan langsir..

Dalam kepayahan ini
daku perlukan penawar
penawar itu ada pada tangan Mu
namun aku malu menghulurkan tanganku yang cemar
untuk disambut oleh tangan Mu yang suci..

Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman
kerana aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat
namun hatiku gila kepada Mu
tetapi aku malu memanggil Engkau kekasih
kerana aku tersangat hodoh dan hina..

Janganlah Engkau murka
lantaran si hodoh dan hina ini mengasihi Mu..

Wajahku yang hodoh dan hina
tidak layak Engkau tatapi
Wajah Mu yang cantik berseri
tidak layak aku tatapi
di atas tangga rumah Mu aku terlena
dengan harapan mataku tidak terbuka lagi
kerana aku tidak tahan merindui Mu..

Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu
dan memejam mataku di situ
agar apabila Engkau membuka pintu
Engkau memandang kepada ku
walaupun daku tidak memandang kepada Mu..

Friday, October 29, 2010

Tersenyumlah ^_^

kehidupan ini bagaikan seni lukisan,  kita lakarkan dan warnai dengan pelbagai warna-warna yang kita mahukan. dalam berbanyak-banyak warna bukan semua warna itu adalah warna kesukaan kita. adakalanya sesetengah warna itu kita tidak suka. betol x?? tapi mengapa kita harus tidak suka??? sedangkan tanpa warna-warna yang kita tidak sukakan itu, sebuah lukisan tidak akan menjadi sempurna dan menonjolkan keindahannya. inilah diberikan nama pahit manis kehidupan. kehidupan yang manis dan pahit adalah saling berkait-rapat untuk menuju jalan kesempurnaan. ibarat buah.. ada buah yang manis dan ada buah yang masam. buah yang manis kita makan, buah yang masam juga kita makan.. kenapa??
tertawa dan tersenyum adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kegelisahan dan kesedihan. ia memiliki kekuatan yang menakjubkan untuk membuat seseorang itu jiwa senang dan hatinya tenang. sebab itu bila kita keluar bersama kawan-kawan kita akan merasa senang, gembira sebabnya bila kita bersama kawan-kawan kita selalu bergelak ketawa.. jadi tertawalah!! kerana ia akan memberi kita kelegaan yang tidak dapat kita huraikan ketika bersedih..


orang yang selalu tersenyum dapat melihat kesusahan dan dapat merasakan kenikmatan ketika ia dapat mengatasi kesusahan tersebut. ia melihatnya lalu tersenyum!! ia mengatasinya lalu tersenyum!! jadi perasaan sedih dan duka kurang ada dalam dirinya. maka..

tersenyumlah, ketika kita masih mampu untuk melemparkan senyuman..
tersenyumlah,biarlah manusia-manusia lain bermasam muka..
tersenyumlah kerana kerinduan yang telah berlalu tidak akan kembali..
tersenyumlah kerana kita tidak selamanya sihat..
tersenyumlah kerana kita masih akan tetap hidup tanpa kekasih..


^_^ HIDUPLAH DENGAN SENYUMAN TAU ^_^

Wednesday, October 27, 2010

Siapa kata??

Siapa Kata Lelaki tak pernah Menangis??
bahkan  jiwanya lebih halus dari wanita
tersembunyi di sebalik kegagahan wajahnya...

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depan orang..

tetapi percayalah  di saat orang lain tidak mengetahui,
ketika ia bersendirian keseorangan 
mengelamun sorang-sorang
bertafakur setelah melakukan solat
air matanya tiba-tiba mengalir....
mengapa??
kerana jiwanya tidak dapat menahan kesedihan 
setelah lama menyimpan tangisannya didalam keegowannya.

Saidina Umar juga pernah menangis ketika mengetahui 
ada rakyatnya yang kelaparan..
persenoliti Saidina Umar yang keras tegas
ramai orang takut kepadanya malah syaitan-syaitan juga begitu
tetapi lihatlah disebalik luarannya
tersimpan jiwanya yang lembut 
yang menyentuh jiwa-jiwa manusia ketika zaman pemerintahannya.
 
inilah seorang lelaki
yang Allah berikan kekuatan emosi
disebalik senyumannya untuk menahan
mengalirnya tangisan air mata..