THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 30, 2011

keHiduPaN seLePas MaTi

ia tetap menjadi sebuah misteri
apa yang aku lihat dalam mimpi
seseorang meletakkan aku di tengah jalan raya
aku melihat syurga disatu sisi
aku melihat neraka disisi lain
aku meneka
kemanakah harus aku tuju??


syurgakah???

jikalau aku pilih syurga,aku merasa malu kepadaNYa
kerana tidak ada apa apa amalan yang aku bawa
aku selalu mengetepikan syariat yang disuruhNya
bagaimana aku ingin berhadapan kepadaNya


nerakakah???


jikalau aku pilih neraka,itulah tempat tinggal yang penuh 
dengan siksaan  kepada hamba hamba yang tidak
mengikuti syariatNya ketika ia masih hidup
dan aku tahu..
hanya nerakah lah yang hanya layak untuk aku tinggal
tetapi...
aku tidak sanggup ya tuhanku...
ampunilah aku...

didalam kesedihan
aku ternampak pintu yang lain
ditengah tengah antara syurga dan neraka
aku nampak perjalanan yang tersangat panjang

tetapi tidak ada pintu masuk
aku cuba mencari jalan masuk
tetapi aku melihat,beberapa orang berjalan
di depan aku
dan aku melihat ada beberapa orang yang mengikuti aku
dalam mencari takdir mereka

adalah ini kehidupan selepas kematian??
adakah syurga tempat aku tinggal atau 
adakah neraka tempat aku kemiskinan
aku melihat malaikat terbang dilangit
menyebarkan cinta dan kedamaian
kepada semua wajah wajah yang bahgia
aku melihat orang yang aku cintai
melambaikan tangan untuk memanggil diriku
aku melihat syaitan berteriak
dalam sarang kenerakaan
menyebarkan keganasan dan kesakitan
aku melihat air mata yang penuh kesengsaraan
aku melihat orang yang aku cintai
meminta bantuan untuk melarikan diri
aku tidak tahu...
aku tidak tahu kemana harus aku pergi...

bagaimana aku boleh melupakan cinta
kepada orang orang yang telah memberikan 
ketika mereka masih hidup
tapi.. 
aku telah tiada pilihan
aku tetap akan pergi menemui-Nya
hanya masa menentukan...


0 comments: