THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, November 5, 2010

korang nak kelihatan menawan!!

msti korang nak kan?? ni ada tips2 utk memberikan korang mempunyai personaliti yang unggul..
1. korang nak wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik??, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. kalau korang nak menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman jangan masam-masam muka tau!. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik(ni pompuan suke ar), korang bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. nak tubuh langsing, mulus, seksi.. xperlu pakai produk slimriver la, makan kacip fatimah la.. just korang amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat dan nak lebih bagus lagi korang puasala macam puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.. insya-allah.. badan tip top punyee!!

6. Untuk memperkuatkan diri, korang sebarkan salam dan sapaan(jangan nak tarik muka je) Dengan sebarkan salam kita akan banyak dikenali dan disayangi..

p/s: renung-renungkan dan selamat beramall.. ^_^