THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 24, 2013

kenapa jadi begini setelah aku betol betol berubah???? T-T

pd 24.4.2013. segalanya telah berakhir..
kebahagian.. kekuatan.. semangat.. kasih sayang telah tiada lagi..
ak betol betol terasa kehilangan bakal isteriku nursalbia_azura telah pergi meninggalkan ku
setelah mengetahui keaipan diriku dahulu.

kenapa Allah menduga aku sebegini setelah aku betol2 siyes berubah ke jalannya??
kenapa tidak ketika aku sayang die biasa2 dahulu Allah uji aku..
sekarang aku tersangat sayangkan die dan betol2 ingin jadikan isteriku yang sah dan aku betol2 akan menjadi insan yang bek dan soleh.

aku perlukan kekuatan dan semangat untuk berubah dan kini aku telah mendapatkannya tetapi kini semuanya musnah setelah bkl isteriku pergi meninggalkan aku wat selamanya. aku ingat die insan yang betol betol dapat menerima aku seadaanya setelah mengetahui kejahatan aku yg sedikit itu. aku dah cakap ngan die, yang aku betol2 dah berubah dan xkan wat perkara itu lagi. tapi dia tetap xdapat menerima aku.

aku cuba untuk berubah.. aku baru kenal agama dengan sebetulnya ketika umo 21 tahun. aku perlukan masa  untuk berubah. aku harap ko faham.. setelah 2 tahun aku cuba dan bermohon pada allah berikan aku kekuatan sepenuhnya untuk berubah. dan akhirnya aku betol betol berubah tahun ni dengan sepenuhnya. tapi ko tetap memandang aku dengan pandangan yang lepas dan bukan ari ni. aku memg sayang sangat sangat kat ko. ko lah berikan aku kekuatan untuk idup ketika ramai insan yang menghina aku dan berkata aku xmampu berubah. ko berikan aku kasih sayang.. kebahagian yang aku rasa selama ini yang aku xdapat. tapi kini ko sudah anggap aku mati dan xberguna lagi. aku merayu kembalilah ke pangkuanku. aku betol2 dah berubah.. aku tersangat sayang pada ko. biarlah hubungan kita ni dengan ikatan kasih sayang ilahi. aku susah hidup tanpa ko di sisi. aku sayang ko sangat sangat iklas kerana allah. aku perlukan ko untuk idup aku tionggurl... tinggalkan aku adalah perkara yang menyakitkan.. ko berjanji xkan tinggal aku lagi.. susah senang bersama.. segala rintangan kita boleh hadapi. xkira bapa lama ko tetap menugu aku tapi kini ko pergi wat selamanya dalam hidup aku.. aku sangat sangat sedih!!! aku masih xputus harap kasih sayang allah dan aku tetap bersangka baik pada allah. aku tetap akan tugu hari demi hari untuk ko pulang ke pangkuan ku.. aku tetap setia dengan ko sampai bila. aku tetap sayang dan merindui ko hingga nafas terakhir aku. aku tetap akan doakan ko. aku tetap akan tugu ko sampai bila2 dan akan menanti ko pulang disamping aku!

i love u forever..
i miss u so much..
i need u for my life..
awk adalah satu satunya wanita yang saya cinta selama ini. ur my first love!! T-T
aku betol betol dah berubah.. aku xtpu ko.. tanyalah Allah yang aku betol2 dah berubah..
aku memg boleh jd insan yang bek dan soleh.. percayalah!!

kembalilah..
kembalilah..
kembalilah..
kembaaaaaaaaaaaaaaaaalilahhhhhhhhhhhhhhh..

my Tiong_gurl Nursalbia Azura..


Saturday, March 2, 2013

inginKu TerBanG jAuh..


terdetik hatiku..
ingin terbang..
ingin terbang..
ingin terbang setinggi tingginya..
seperti burung yang bebas bertebangan..
mencari sesuatu yang tidak pasti..
tanpa memikirkan apa-apa..

kemana harus ku pergi..
andai ku terbang tinggi..
membawa diri..
dengan seorang diri..

aku menanti..
aku menanti..
aku menanti..
tapi tetap seorang diri..

ku gagahkan diri..
membawa diri..
walaupunku tetap menanti..
akan somebody membawaku pergi..

hanya penat menanti..
tapi diterimanya hanyalah maki..
terima kasih kau buat begini..
akan ku terbang tinggi..
hingga kau tidak akan menjejaki ku lagi..
barulah ketika itu kau akan mengerti..
apabila kehilanganku dalam kehidupanmu..
penyesalan ketika itu..
tidak akan berguna lagi..












Saturday, May 21, 2011

doa ketika kesedihan

Kita sebagai umat manusia, tidak terlepas dari dugaan dan pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Ini adalah sedikit perkongsian ilmu yang boleh aku kongsikan bersama. ini ialah doa yang boleh kita amalkan apabila ditimpa masalah, ditimpa musibah. Insya-allah




Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya: 
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
selamat beramal.. 

Saturday, April 30, 2011

keHiduPaN seLePas MaTi

ia tetap menjadi sebuah misteri
apa yang aku lihat dalam mimpi
seseorang meletakkan aku di tengah jalan raya
aku melihat syurga disatu sisi
aku melihat neraka disisi lain
aku meneka
kemanakah harus aku tuju??


syurgakah???

jikalau aku pilih syurga,aku merasa malu kepadaNYa
kerana tidak ada apa apa amalan yang aku bawa
aku selalu mengetepikan syariat yang disuruhNya
bagaimana aku ingin berhadapan kepadaNya


nerakakah???


jikalau aku pilih neraka,itulah tempat tinggal yang penuh 
dengan siksaan  kepada hamba hamba yang tidak
mengikuti syariatNya ketika ia masih hidup
dan aku tahu..
hanya nerakah lah yang hanya layak untuk aku tinggal
tetapi...
aku tidak sanggup ya tuhanku...
ampunilah aku...

didalam kesedihan
aku ternampak pintu yang lain
ditengah tengah antara syurga dan neraka
aku nampak perjalanan yang tersangat panjang

tetapi tidak ada pintu masuk
aku cuba mencari jalan masuk
tetapi aku melihat,beberapa orang berjalan
di depan aku
dan aku melihat ada beberapa orang yang mengikuti aku
dalam mencari takdir mereka

adalah ini kehidupan selepas kematian??
adakah syurga tempat aku tinggal atau 
adakah neraka tempat aku kemiskinan
aku melihat malaikat terbang dilangit
menyebarkan cinta dan kedamaian
kepada semua wajah wajah yang bahgia
aku melihat orang yang aku cintai
melambaikan tangan untuk memanggil diriku
aku melihat syaitan berteriak
dalam sarang kenerakaan
menyebarkan keganasan dan kesakitan
aku melihat air mata yang penuh kesengsaraan
aku melihat orang yang aku cintai
meminta bantuan untuk melarikan diri
aku tidak tahu...
aku tidak tahu kemana harus aku pergi...

bagaimana aku boleh melupakan cinta
kepada orang orang yang telah memberikan 
ketika mereka masih hidup
tapi.. 
aku telah tiada pilihan
aku tetap akan pergi menemui-Nya
hanya masa menentukan...


Wednesday, April 27, 2011

kata kata dari jiwa


pada hari yang penuh bersejarah
aku tunjukkan segala cinta yang ada dalam hatiku
memberitahu semua ini untuk engkau tahu
bahawa engkau sentiasa ada dalam hatiku

seperti kucing yang cantik dengan senyuman yang menawan
yang menerangi hidupku
seperti sebuah irama yang mengalir dengan kata-kata
yang berharga dalam jantungku
mengingatkan aku untuk sentiasa hidup
dengan sebuah harapan,sebuah kekuatan dan inspirasi

setiap langkah aku terus kehadapan
kata kata engkau masih berdering dalam hatiku
seperti bernafas sambil mendengar alunan muzik yang indah
membuat aku berfikir sentiasa positif
aku sentiasa tersenyum mendengar engkau berkata-kata
aku berlawan dengan keputus harapan dalam diriku
untuk pergi ke tempat yang engkau sarankan

berderai air mataku
dengan doa doa yang engkau panjutkan untuk diriku
aku gagal menyenangkan hatimu
sentiasa tidak sensitif pada perasaanmu
aku cuba memberikan kebahagian kepadamu
sebaliknya,aku membuatkan dirimu sentiasa menangis
atas nama semua air matamu yang bercucuran itu
aku berjanji...
 cintaku ini hanya untukmu...


paTah HaTi

patah hati ini adalah menyeksakan...

utk beberapa waktu,
seperti kehidupan yg beku tanpa tujuan,
bekerja dengan keras,
menyibukkan diri setiap masa,
jd,fikiran tidak akan kehilangan apa-apa...

begitu banyak kenangan,
jadi banyak pertanyaan,
jadi banyak berfikir,
mencari jawapan  yg terlintas,
kadang-kadang ia berbeza setiap masa,
diberikan dari sudut yang pelbagai,
yang memeningkan fikiran...

masukkan diri dalam dunia mimpi,
membolehkan fikiran,
membina istana di udara,
melalui lembah yang indah,
sungguh mengashikkan...

tapi ia mengambil,
hanya beberapa perkataan,
dalam beberapa saat,
untuk jatuh kebawah,
ke dalam lautan keputus-asaan...

kadang-kadang rasa sakit,
menjadi begitu hampa dan memalukan,
ketika fakta terkeluar,
mengetahui bahawa,
semua fikiran itu rupa-rupanya adalah mainan,
tersenyum sendirian...

tapi emosi yang pernah pergi dahulu,
waktu yg telah pergi selamanya,
semuanya menyakitkan,
rugi yg tidak terkata,
adakah itu penamatnya...

tidak percaya dengan takdir,
adakah itu hanya alasan untuk melarikan diri,
tidak mencuba mengubah takdir,
tidak akan menjadi satu kesalahan...

kebenaran itu kadang-kadang pahit,
jalanlah ke hadapan,
teruskan,
imaginasi akan menjadi kenyataan...

pemikiran,
akn meninggalkan kesan yg amat mendalam,
menyendirilah disuatu tempat,
waktu akan tetap berhenti,
keadaan sekeliling akan berubah...

air mata  mengalir??
mengalirlah..
sampai keringnya air mata,
tp kenapa air mata ini mengalir??
mengapa kita merasa sedih...

masih adanya satu peluang,
bila ada perasaan,
kesemuanya tampak sama,
tidak ada kesakitan tidak ada kesedihan,
tidak ketawa tidak akan rasa seronok,
hargailah emosi yang masih ada,
kita hanya memerlukan seowang sahaja rakan...

kadang-kadang die boleh bertanya!

mengapa oh mengapa???
perasaan yg sukar difahami..
mengapa oh mengapa???
rasa sakit tenggelam tanpa diketahui...

sedikit mengashikkan tidak akan menjadi gila,
kebimbangan tetap akan ada...

mengapa oh mengapa?
mata tertutup!
telinga tertutup!
untuk melarikan diri lebih jauh??
adakah perasaan membuatkan menjadi begitu...

masa ada sentiasa ditangan kita,
untuk berfikir tentang peluang yg bnyk terlepas,
untuk menyesali kesalahan yg pernah dilakukan,
jgn sentiasa di buai mimpi...

kehidupan ini menyeronokkan tapi boleh menjadi begitu kejam,
sangat mudah untuk sentiasa bermimpi,
tapi sukar untuk mengembalikan sebuah harapan...

Thursday, March 24, 2011

AKHIRNYA aku jumpe jugak!!!

kepada yg menanti dan melihat blog aku ni...
aku minta maaflaa.. aku dah lama xupdate..
SEBAB...
aku terlupe email dan pswod aku . . .
hahaaa..
TAPI....
jgn isau.. selepas ni akan di updatekan...
calabeteh!!!
cau...