THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 27, 2011

paTah HaTi

patah hati ini adalah menyeksakan...

utk beberapa waktu,
seperti kehidupan yg beku tanpa tujuan,
bekerja dengan keras,
menyibukkan diri setiap masa,
jd,fikiran tidak akan kehilangan apa-apa...

begitu banyak kenangan,
jadi banyak pertanyaan,
jadi banyak berfikir,
mencari jawapan  yg terlintas,
kadang-kadang ia berbeza setiap masa,
diberikan dari sudut yang pelbagai,
yang memeningkan fikiran...

masukkan diri dalam dunia mimpi,
membolehkan fikiran,
membina istana di udara,
melalui lembah yang indah,
sungguh mengashikkan...

tapi ia mengambil,
hanya beberapa perkataan,
dalam beberapa saat,
untuk jatuh kebawah,
ke dalam lautan keputus-asaan...

kadang-kadang rasa sakit,
menjadi begitu hampa dan memalukan,
ketika fakta terkeluar,
mengetahui bahawa,
semua fikiran itu rupa-rupanya adalah mainan,
tersenyum sendirian...

tapi emosi yang pernah pergi dahulu,
waktu yg telah pergi selamanya,
semuanya menyakitkan,
rugi yg tidak terkata,
adakah itu penamatnya...

tidak percaya dengan takdir,
adakah itu hanya alasan untuk melarikan diri,
tidak mencuba mengubah takdir,
tidak akan menjadi satu kesalahan...

kebenaran itu kadang-kadang pahit,
jalanlah ke hadapan,
teruskan,
imaginasi akan menjadi kenyataan...

pemikiran,
akn meninggalkan kesan yg amat mendalam,
menyendirilah disuatu tempat,
waktu akan tetap berhenti,
keadaan sekeliling akan berubah...

air mata  mengalir??
mengalirlah..
sampai keringnya air mata,
tp kenapa air mata ini mengalir??
mengapa kita merasa sedih...

masih adanya satu peluang,
bila ada perasaan,
kesemuanya tampak sama,
tidak ada kesakitan tidak ada kesedihan,
tidak ketawa tidak akan rasa seronok,
hargailah emosi yang masih ada,
kita hanya memerlukan seowang sahaja rakan...

kadang-kadang die boleh bertanya!

mengapa oh mengapa???
perasaan yg sukar difahami..
mengapa oh mengapa???
rasa sakit tenggelam tanpa diketahui...

sedikit mengashikkan tidak akan menjadi gila,
kebimbangan tetap akan ada...

mengapa oh mengapa?
mata tertutup!
telinga tertutup!
untuk melarikan diri lebih jauh??
adakah perasaan membuatkan menjadi begitu...

masa ada sentiasa ditangan kita,
untuk berfikir tentang peluang yg bnyk terlepas,
untuk menyesali kesalahan yg pernah dilakukan,
jgn sentiasa di buai mimpi...

kehidupan ini menyeronokkan tapi boleh menjadi begitu kejam,
sangat mudah untuk sentiasa bermimpi,
tapi sukar untuk mengembalikan sebuah harapan...

0 comments: