THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 27, 2011

kata kata dari jiwa


pada hari yang penuh bersejarah
aku tunjukkan segala cinta yang ada dalam hatiku
memberitahu semua ini untuk engkau tahu
bahawa engkau sentiasa ada dalam hatiku

seperti kucing yang cantik dengan senyuman yang menawan
yang menerangi hidupku
seperti sebuah irama yang mengalir dengan kata-kata
yang berharga dalam jantungku
mengingatkan aku untuk sentiasa hidup
dengan sebuah harapan,sebuah kekuatan dan inspirasi

setiap langkah aku terus kehadapan
kata kata engkau masih berdering dalam hatiku
seperti bernafas sambil mendengar alunan muzik yang indah
membuat aku berfikir sentiasa positif
aku sentiasa tersenyum mendengar engkau berkata-kata
aku berlawan dengan keputus harapan dalam diriku
untuk pergi ke tempat yang engkau sarankan

berderai air mataku
dengan doa doa yang engkau panjutkan untuk diriku
aku gagal menyenangkan hatimu
sentiasa tidak sensitif pada perasaanmu
aku cuba memberikan kebahagian kepadamu
sebaliknya,aku membuatkan dirimu sentiasa menangis
atas nama semua air matamu yang bercucuran itu
aku berjanji...
 cintaku ini hanya untukmu...


0 comments: