THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 29, 2010

Tersenyumlah ^_^

kehidupan ini bagaikan seni lukisan,  kita lakarkan dan warnai dengan pelbagai warna-warna yang kita mahukan. dalam berbanyak-banyak warna bukan semua warna itu adalah warna kesukaan kita. adakalanya sesetengah warna itu kita tidak suka. betol x?? tapi mengapa kita harus tidak suka??? sedangkan tanpa warna-warna yang kita tidak sukakan itu, sebuah lukisan tidak akan menjadi sempurna dan menonjolkan keindahannya. inilah diberikan nama pahit manis kehidupan. kehidupan yang manis dan pahit adalah saling berkait-rapat untuk menuju jalan kesempurnaan. ibarat buah.. ada buah yang manis dan ada buah yang masam. buah yang manis kita makan, buah yang masam juga kita makan.. kenapa??
tertawa dan tersenyum adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kegelisahan dan kesedihan. ia memiliki kekuatan yang menakjubkan untuk membuat seseorang itu jiwa senang dan hatinya tenang. sebab itu bila kita keluar bersama kawan-kawan kita akan merasa senang, gembira sebabnya bila kita bersama kawan-kawan kita selalu bergelak ketawa.. jadi tertawalah!! kerana ia akan memberi kita kelegaan yang tidak dapat kita huraikan ketika bersedih..


orang yang selalu tersenyum dapat melihat kesusahan dan dapat merasakan kenikmatan ketika ia dapat mengatasi kesusahan tersebut. ia melihatnya lalu tersenyum!! ia mengatasinya lalu tersenyum!! jadi perasaan sedih dan duka kurang ada dalam dirinya. maka..

tersenyumlah, ketika kita masih mampu untuk melemparkan senyuman..
tersenyumlah,biarlah manusia-manusia lain bermasam muka..
tersenyumlah kerana kerinduan yang telah berlalu tidak akan kembali..
tersenyumlah kerana kita tidak selamanya sihat..
tersenyumlah kerana kita masih akan tetap hidup tanpa kekasih..


^_^ HIDUPLAH DENGAN SENYUMAN TAU ^_^

Wednesday, October 27, 2010

Siapa kata??

Siapa Kata Lelaki tak pernah Menangis??
bahkan  jiwanya lebih halus dari wanita
tersembunyi di sebalik kegagahan wajahnya...

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depan orang..

tetapi percayalah  di saat orang lain tidak mengetahui,
ketika ia bersendirian keseorangan 
mengelamun sorang-sorang
bertafakur setelah melakukan solat
air matanya tiba-tiba mengalir....
mengapa??
kerana jiwanya tidak dapat menahan kesedihan 
setelah lama menyimpan tangisannya didalam keegowannya.

Saidina Umar juga pernah menangis ketika mengetahui 
ada rakyatnya yang kelaparan..
persenoliti Saidina Umar yang keras tegas
ramai orang takut kepadanya malah syaitan-syaitan juga begitu
tetapi lihatlah disebalik luarannya
tersimpan jiwanya yang lembut 
yang menyentuh jiwa-jiwa manusia ketika zaman pemerintahannya.
 
inilah seorang lelaki
yang Allah berikan kekuatan emosi
disebalik senyumannya untuk menahan
mengalirnya tangisan air mata..






Doa dari ku..

Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah aku dari bahaya kekafiran dan kesesatan yang nyata didalam zaman ku ini. Ya Allah didalam proses aku belajar mengenalimu aku berasa ragu-ragu sedangkan aku tidak mengetahui kenapa itu berlaku. Engkau maafkanlah diriku ini.

Ya Allah,sepanjang hidupku ini telah banyk kebaikan-kebaikanMu terhadap diriku dan begitu banyaknya nikmat yang Engkau berikan tetapi aku lupa mensyukuri pemberianMu bahkan aku menderhakai kewajipan-kewajipan yang patut aku laksanakan untukMu. maafkanlah diriku Ya Allah. setiap kali Engkau memandangku dengan pandangan kasih sayangmu tetapi aku buat tidak tahu malah aku memejamkan mataku ini, tidak mempedulikan pandanganmu. maafkan aku.

Ya Allah sesungguhnya aku benar-benar bermohon ampun kepadaMu atas tindakanku selama hidupku ini telah banyak mempersia-siakanMu. aku telah banyak membuat noda-noda kemaksiatan tetapi engkau tidak pernah sekalipun memperlihatkan tindakan kemaksiatanku itu kepada seseorang pun melainkan Engkau sahaja Yang Mengetahui Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Amat Penyayang. dan kini aku telah terima cahaya hidayahMu, janganlah setelah aku menerima cahaya ini Engkau putuskan dengan mengembalikan kesesatan kepadaku kembali kerana aku tidak sanggup untuk menempuhi kesesatan itu sekali lagi Ya Allah.

Ya tuhanku,engkau pandanglah aku dengan pandanganmu, engkau pandanglah aku dengan pandanganmu, engkau pandanglah aku dengan pandanganmu. aku senantiasa mengharapkan pandangan kasih sayangmu itu kepadaku dan aku tidak akan memejamkan mataku lagi setelah engkau memandangku dan akhir sekali Ya Allah. Engkau lindungilah aku dengan perlindungan rahsiamu dari segala perkara-perkara yang tidak diingini, kasihanilah, sayangilah, dan ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu Ya allah. Sesungguhnya hanya kepadaMu sahajalah aku serahkan jiwa dan raga serta seluruh kehidupanku terhadapaMu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong buatku..

~AMIN~